Persada Uthm

Monday, May 31, 2010

Taniah! Program PERSADA UTHM berjalan dengan lancar.

Program Majlis Jalinan Dua Hala antara Seranta dengan UTHM berjalan lancar dengan kehadiran Pengarah Seranta (FELDA) JPM, En Noor Ehsanudin Harunarasid dan Timbalan Naib Canselor UTHM Prof Ir Dr Amir Hasyim Bin Kasim. Majlis ini membuka 1 lembaran baru kepada PERSADA UTHM yang turut menaikkan semangat berkerja di kalangan ahli persada sendiri.

Pada hari berikutnya, Persada UTHM berjaya menjalankan Program Khidmat Masyarakat Bersamamu TV3 dengan kerjasama PERSADA UTHM.Program ini turut di hadiri oleh pegawai-pegawai universiti dan pegawai seranta Negeri Johor.Program ini berlangsung di Kg Pt Hailam Darat, Senggarang.

Pada hari berikutnya juga, Persada UTHM menganjurkan Kem Kepimpinan Asas Fasilitator yang dihadiri oleh ajk dan exco persada.Program ini berjaya mencapai objektif dimana bakat - bakat kepimpinan dan menjadi fasilitator dapat diserap didalam ahli persada.

1 comment:

PERSADA UniSZA said...

SALAM 1 PERSADA DARIPADA PERSADA UNISZA
persadaudm.blogspot bertukar kepada persadaunisza.blogspot.com

Post a Comment