Persada Uthm

Monday, May 31, 2010

Taniah! Program PERSADA UTHM berjalan dengan lancar.

Program Majlis Jalinan Dua Hala antara Seranta dengan UTHM berjalan lancar dengan kehadiran Pengarah Seranta (FELDA) JPM, En Noor Ehsanudin Harunarasid dan Timbalan Naib Canselor UTHM Prof Ir Dr Amir Hasyim Bin Kasim. Majlis ini membuka 1 lembaran baru kepada PERSADA UTHM yang turut menaikkan semangat berkerja di kalangan ahli persada sendiri.

Pada hari berikutnya, Persada UTHM berjaya menjalankan Program Khidmat Masyarakat Bersamamu TV3 dengan kerjasama PERSADA UTHM.Program ini turut di hadiri oleh pegawai-pegawai universiti dan pegawai seranta Negeri Johor.Program ini berlangsung di Kg Pt Hailam Darat, Senggarang.

Pada hari berikutnya juga, Persada UTHM menganjurkan Kem Kepimpinan Asas Fasilitator yang dihadiri oleh ajk dan exco persada.Program ini berjaya mencapai objektif dimana bakat - bakat kepimpinan dan menjadi fasilitator dapat diserap didalam ahli persada.

Friday, April 9, 2010

Majlis jalinan dua hala Persada Uthm bersama Seranta (Felda) JPM

Majlis jalinan dua hala Persada Uthm bersama Seranta (Felda) JPM adalah bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli Persada UTHM dengan seranta felda (JPM ).
Bagi pihak Persada UTHM mengalu-alukan kedatangan wakil-wakil seranta yang turut dihadiri oleh Pengarah Seranta JPM. Semoga dengan pertemuan ini, akan mencetuskan
semangat kerja yang tinggi di kalangan ahli persada untuk terus memajukan Persada UTHM dimasa akan datang. Maklumat Mengenai Majlis jalinan adalah seperti berikut :

Tarikh : 10/5/2010 (isnin)
Tempat : Bilik seminar 1 FKEE
Peserta : Semua Exco Persada Baru dan lama (wajib)

Tuesday, March 23, 2010

Persada Universiti Tun Hussien Onn

Pendaftaran Keahlian Persada Uthm 2010

Untuk Pendaftaran Keahlian baru Persada 2010 , Sila isikan borang yang telah disediakan dengan klik "PENDAFTARAN BARU" dibawah . Maklumat pendaftaran anda akan direkodkan dan dihantar ke Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri serta anda akan diberi nombor keahlian PERSADA UTHM . Status pendaftaran akan dihantar ke email anda. Sekian


PENDAFTARAN BARU!!!